Selain itu, kepentingan pendidikan awal ialah mengajar kanak-kanak membezakan
perkara yang betul dan perkara yang salah. Ini perlu dibentuk dan dididik semasa kanak-
kanak masih kecil. Hal ini kerana mereka masih kecil, mereka tidak membezakan perkara
yang betul atau salah.
Seterusnya, kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ialah mencungkil bakat yang
tersembunyi dalam kanak-kanak. Jika bakat tersebut dapat dicungkil dapat
mempergunakan dengan baik, ini akan membawa manfaat kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak yang dihantar ke tadika juga akan belajar berdikari dan tidak akan sentiasa
bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak pada zaman ini semakin
bergantung kepada ibu bapa, hal ini akan berlaku kerana sikap ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak mereka. Ibu bapa pada zaman ini terlalu menyayang anak
mereka seperti menatang minyak yang penuh.
pengasuh yang berpengalaman. Kanak-kanak akan dapat membelajari ilmu pengetahuan
semasa di tadika.
Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak tidak dapat dinafikan memang penting.
Setiap kanak-kanak harus dihantar ke tadika. Justeru itu boleh dikatakan di sini bahawa
ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asa
kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
Rujukan:
http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/
http://ww1.utusan.com.my/

No comments:
Post a Comment