Friday, August 21, 2015

Father of kindergarten

     Pendidikan dilihat sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan

perkembangan seseorang kanak-kanak. Pendidikan harus dimula semasa kanak-kanak

masih kecil dan proses ini sepatutnya berterusan sehinggalah seseorang itu meninggal

dunia, kerana setiap insan sepatutnya belajar sepanjang hayat.

     Konsep pendidikan awal kanak-kanak ini diperkenalkan oleh dua orang tokoh iaitu

Friedrich Froebel dan Maria Montessori. 



Friedrich Frobel
Maria Montessori
Friedrich Frobel dilahir pada tahun 1782 dan meninggal dunia pada tahun 1852. Beliau 

ialah seorang tokoh pendidikan yang berasal dari Jerman, karya dan pemikiran beliau

sampailah sekarang dijadikan acuan bagi dunia pendidikan moden hingga saat ini.

Ibu Friedrich Frobel  telah meninggal dunia semasa beliau berumur 9 tahun. Ini 

menyebabkan beliau tidak gembira pada zaman kanak-kanak. Beliau juga digelar sebagai

'Father of kindergarden'.

     Friedrich Frobel telah mengatakan beberapa idea beliau terhadap kindergarten. Taman 

kanak-kanak perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Sekurang-kurang kelas tersebut harus dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik

yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan gambar-gambar dengan harapan kanak-

kanak tertarik.



Contoh sebuah kelas kindergarten
Selain itu, kelas juga harus dilengkapi dengan kerusi dan meja yang

ketinggian bersesuaian dengan kanak-kanak. Kelas juga perlu dipenuhi dengan

pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak mempelajari bentuk

yang mudah, saiz dan warna.


     Suasana di taman kanak-kanak juga hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada 

pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan unsur bahaya alam semula jadi. 



     Dalam pendapat Friedrich Frobel, beliau juga berasa kanak-kanak harus diberikan 

kebebasan semasa dalam proses belajar. Selain itu, beliau juga menekankan kaedah 

bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau juga mencadangkan 

dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam 

pembelajarannya



     Kesimpulannya,  beliau telah banyak memberi sumbangan kepada pendidikan

awal kanak-kanak. Beliau telah mempertahankan kebajikan kanak-kanak supaya mereka

belajar dapat belajar dengan bebas.






Rujukan
http://www.slideshare.net/






No comments:

Post a Comment