Thursday, July 30, 2015

Peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak

     Ramai orang yang tertanya-tanya tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-

anak mereka mencapai pembangunan yang sempurna supaya anak-anak 

mereka dapat menjadi modal insan yang memajukan negara untuk mencapai 

Wawasan 2020. 

     Sebenarnya, ibu bapa yang mempunyai tanggunjawab terbesar terhadap kanak-

kanak. Mereka sebagai ibu bapa patut meluangkan banyak masa untuk menemani anak-

anak mereka, supaya mereka tidak terabai. Pada masa yang sama, mereka 

dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan anak mereka dengan melakukan aktiviti 

dengan mereka.



     Selain itu, ibu bapa juga patut mengajar nilai-nilai murni kepada anak mereka. Bak kata  

pepatah:'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya' ibu bapa harus mengajar anak mereka 

tentang nilai-nilai murni. Pada masa yang sama, ibu bapa juga harus menjadi teladan 

kepada anak mereka kerana bapa borek, anak rintik. 

     Seterusnya, ibu bapa juga boleh menyediakan satu jadual waktu untuk anak 

mereka supaya masa anak mereka teratur. Pada masa yang sama, kanak-kanak juga 

dapat mempelajari untuk mengurus masa mereka dengan bijaksana. Ibu bapa juga boleh 

memantau anak mereka semasa mereka sedang membuat kerja rumah dan memberi tunjuk

ajar kepada anak mereka. Ibu bapa juga harus memantau pergaulan anak mereka. Ibu 

bapa harus kenal rakan anaknya supaya mereka tidak dipengaruhi rakan yang negatif. 


     Kesimpulannya, peranan ibu bapa memang amat penting dalam pendidikan kanak-

kanak. Kedua-dua pihak harus berganding bahu supaya kanak-kanak dapat menjadi tiang 

negara dan berusaha memajukan negara kita.



Rujukan:
https://mattanjo.wordpress.com/

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim/posts/


http://www.slideshare.net/

http://www.academia.edu/
     


No comments:

Post a Comment