Friday, August 21, 2015

Father of kindergarten

     Pendidikan dilihat sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan

perkembangan seseorang kanak-kanak. Pendidikan harus dimula semasa kanak-kanak

masih kecil dan proses ini sepatutnya berterusan sehinggalah seseorang itu meninggal

dunia, kerana setiap insan sepatutnya belajar sepanjang hayat.

     Konsep pendidikan awal kanak-kanak ini diperkenalkan oleh dua orang tokoh iaitu

Friedrich Froebel dan Maria Montessori. 



Friedrich Frobel
Maria Montessori
Friedrich Frobel dilahir pada tahun 1782 dan meninggal dunia pada tahun 1852. Beliau 

ialah seorang tokoh pendidikan yang berasal dari Jerman, karya dan pemikiran beliau

sampailah sekarang dijadikan acuan bagi dunia pendidikan moden hingga saat ini.

Ibu Friedrich Frobel  telah meninggal dunia semasa beliau berumur 9 tahun. Ini 

menyebabkan beliau tidak gembira pada zaman kanak-kanak. Beliau juga digelar sebagai

'Father of kindergarden'.

     Friedrich Frobel telah mengatakan beberapa idea beliau terhadap kindergarten. Taman 

kanak-kanak perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Sekurang-kurang kelas tersebut harus dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik

yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan gambar-gambar dengan harapan kanak-

kanak tertarik.



Contoh sebuah kelas kindergarten
Selain itu, kelas juga harus dilengkapi dengan kerusi dan meja yang

ketinggian bersesuaian dengan kanak-kanak. Kelas juga perlu dipenuhi dengan

pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak mempelajari bentuk

yang mudah, saiz dan warna.


     Suasana di taman kanak-kanak juga hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada 

pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan unsur bahaya alam semula jadi. 



     Dalam pendapat Friedrich Frobel, beliau juga berasa kanak-kanak harus diberikan 

kebebasan semasa dalam proses belajar. Selain itu, beliau juga menekankan kaedah 

bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau juga mencadangkan 

dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam 

pembelajarannya



     Kesimpulannya,  beliau telah banyak memberi sumbangan kepada pendidikan

awal kanak-kanak. Beliau telah mempertahankan kebajikan kanak-kanak supaya mereka

belajar dapat belajar dengan bebas.






Rujukan
http://www.slideshare.net/






Friday, July 31, 2015

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

     Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.

     Selain itu, kepentingan pendidikan awal ialah mengajar kanak-kanak membezakan 

perkara yang betul dan perkara yang salah. Ini perlu dibentuk dan dididik semasa kanak-

kanak masih kecil. Hal ini kerana mereka masih kecil, mereka tidak membezakan perkara 

yang betul atau salah

     Seterusnya, kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ialah mencungkil bakat yang 

tersembunyi dalam kanak-kanak. Jika bakat tersebut dapat dicungkil dapat 

mempergunakan dengan baik, ini akan membawa manfaat kepada kanak-kanak itu. 

     Kanak-kanak yang dihantar ke tadika juga akan belajar berdikari dan tidak akan sentiasa

 bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak pada zaman ini semakin 

bergantung kepada ibu bapa, hal ini akan berlaku kerana sikap ibu bapa yang 

terlalu memanjakan anak mereka. Ibu bapa pada zaman ini terlalu menyayang anak 

mereka seperti menatang minyak yang penuh. 

     Kanak-kanak yang dihantar ke tadika juga akan mendapat bimbingan daripada guru dan

 pengasuh yang berpengalaman. Kanak-kanak akan dapat membelajari ilmu pengetahuan

 semasa di tadika. 


     
     Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak tidak dapat dinafikan memang penting. 

Setiap kanak-kanak harus dihantar ke tadika. Justeru itu boleh dikatakan di sini bahawa 

ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asa

kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Rujukan:

http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/

http://ww1.utusan.com.my/

    
     





Thursday, July 30, 2015

Peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak

     Ramai orang yang tertanya-tanya tentang peranan ibu bapa dalam membantu anak-

anak mereka mencapai pembangunan yang sempurna supaya anak-anak 

mereka dapat menjadi modal insan yang memajukan negara untuk mencapai 

Wawasan 2020. 

     Sebenarnya, ibu bapa yang mempunyai tanggunjawab terbesar terhadap kanak-

kanak. Mereka sebagai ibu bapa patut meluangkan banyak masa untuk menemani anak-

anak mereka, supaya mereka tidak terabai. Pada masa yang sama, mereka 

dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan anak mereka dengan melakukan aktiviti 

dengan mereka.



     Selain itu, ibu bapa juga patut mengajar nilai-nilai murni kepada anak mereka. Bak kata  

pepatah:'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya' ibu bapa harus mengajar anak mereka 

tentang nilai-nilai murni. Pada masa yang sama, ibu bapa juga harus menjadi teladan 

kepada anak mereka kerana bapa borek, anak rintik. 

     Seterusnya, ibu bapa juga boleh menyediakan satu jadual waktu untuk anak 

mereka supaya masa anak mereka teratur. Pada masa yang sama, kanak-kanak juga 

dapat mempelajari untuk mengurus masa mereka dengan bijaksana. Ibu bapa juga boleh 

memantau anak mereka semasa mereka sedang membuat kerja rumah dan memberi tunjuk

ajar kepada anak mereka. Ibu bapa juga harus memantau pergaulan anak mereka. Ibu 

bapa harus kenal rakan anaknya supaya mereka tidak dipengaruhi rakan yang negatif. 


     Kesimpulannya, peranan ibu bapa memang amat penting dalam pendidikan kanak-

kanak. Kedua-dua pihak harus berganding bahu supaya kanak-kanak dapat menjadi tiang 

negara dan berusaha memajukan negara kita.



Rujukan:
https://mattanjo.wordpress.com/

http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim/posts/


http://www.slideshare.net/

http://www.academia.edu/